Thursday, March 6, 2008

PELIKNYA UMATKU,,....



Peliknya Umatku

Bola punya hal, pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal, ringan tubuh untuk bangun pada waktu ayam pun tak bangun lagi. Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat untuk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat pada waktu sahur yang cukup menyeksakan baginya.

Peliknya Umatku

Menangis teresak-esak sebab penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia. Air mata sungguh murah melimpah apabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sangat umatku yang sudi melinangkan air matanya sebagai taubat kepada Yang Maha Esa? Berapa sangat umatku yang menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?

Peliknya Umatku

Sms berpuluh ringgit dengan senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. Jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. Tapi, jari jemari begitu berat untuk mengambil seringgit untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid; tangan begitu kaku untuk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya Umatku

Gembiranya dia sebab anak pandai menyanyi dan pandai main piano. Sedih sekali dia apabila anaknya tak dapat masuk Akademi Fantasia, Malaysian Idol. Namun, tak ramai umatku yang sedih jika zuriatnya buta al-Quran. Tak ramai umatku yang resah jika anaknya tidak tahu sujud kepada yang Maha Esa.

Peliknya Umatku

Sanggup bersesak-sesak, berhimpit-himpit di padang konsert hiburan.. Sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan. Sedihnya.. program Allah 5 kali sehari di masjid tidak mendapat sambutan meriah dari umatku. Mereka tidak sanggup untuk berdiri dalam saf walaupun cuma 5 minit.

Peliknya Umatku

Setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran, tak cukup peringkat kebangsaan.. dibuat peringkat antarabangsa. Tapi, dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan.. mana rasa tak elok untuk nafsu, baca saja cukuplah...

Peliknya Umatku

Setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 malam pada hari merdeka, pada hari tahun baru. Jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai.. tak kira lelaki atau perempuan detik saat jam 12, saat yang ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. Sedihnya.. tak ramai yang mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid.

Peliknya Umatku

Setiap kali ditulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara-suara sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.

Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan......


Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah.

No comments: