Thursday, March 6, 2008

Gurau dan Canda Rasulullah SAW




Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.
Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,
"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.
"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu".
Para sahabat yang berada di situ berkata,
"bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".
"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".
"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.
Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".
Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

PELIKNYA UMATKU,,....



Peliknya Umatku

Bola punya hal, pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal, ringan tubuh untuk bangun pada waktu ayam pun tak bangun lagi. Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat untuk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat pada waktu sahur yang cukup menyeksakan baginya.

Peliknya Umatku

Menangis teresak-esak sebab penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia. Air mata sungguh murah melimpah apabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sangat umatku yang sudi melinangkan air matanya sebagai taubat kepada Yang Maha Esa? Berapa sangat umatku yang menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?

Peliknya Umatku

Sms berpuluh ringgit dengan senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. Jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. Tapi, jari jemari begitu berat untuk mengambil seringgit untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid; tangan begitu kaku untuk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya Umatku

Gembiranya dia sebab anak pandai menyanyi dan pandai main piano. Sedih sekali dia apabila anaknya tak dapat masuk Akademi Fantasia, Malaysian Idol. Namun, tak ramai umatku yang sedih jika zuriatnya buta al-Quran. Tak ramai umatku yang resah jika anaknya tidak tahu sujud kepada yang Maha Esa.

Peliknya Umatku

Sanggup bersesak-sesak, berhimpit-himpit di padang konsert hiburan.. Sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan. Sedihnya.. program Allah 5 kali sehari di masjid tidak mendapat sambutan meriah dari umatku. Mereka tidak sanggup untuk berdiri dalam saf walaupun cuma 5 minit.

Peliknya Umatku

Setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran, tak cukup peringkat kebangsaan.. dibuat peringkat antarabangsa. Tapi, dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan.. mana rasa tak elok untuk nafsu, baca saja cukuplah...

Peliknya Umatku

Setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 malam pada hari merdeka, pada hari tahun baru. Jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai.. tak kira lelaki atau perempuan detik saat jam 12, saat yang ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. Sedihnya.. tak ramai yang mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid.

Peliknya Umatku

Setiap kali ditulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara-suara sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.

Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan......


Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah.

Sunday, February 24, 2008

ISABELLA -Part 2 -Pertemuan Pertama

Pada pagi berikutnya, iaitu pagi Ahad, berita tentang pertemuan itu tersebar luas. Orang-orang Kristian dengan penuh hati-hati membuat persiapan teliti di dalam menghadapi orang ramai yang ingin ikut mendengar perbincangan tersebut. Hanya bebrapa orang Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam gereja. Ketika Umar Lahmi, Maaz dan beberapa orang cendekiawan Islam memaski dewan gereja itu, keliihatan oleh mereka hampir kesemua paderi yang terkemuka di Cordova ada di dalamnya dan sedang sibuk mengerjakan sembahyang.

Tidak lama kemudian, upacara sembahyang itu pun selesai. Para paderi itu lalu mengambil tempat duduk di suatu meja panjang yang sudah disediakan, berhadapan dengan Umar Lahmi, Maaz dan kawan-kawannya.

Sesudah mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana telah manyahut pelawaan mereka, Micheal, guru Isabella membuka pertemuan. Dia dengan lebih dahulu memperkenalkan tiap-tiap orang paderi yang ada di meja persidangan itu. Salah seorang daripadanya bernama Paderi Peter yang terkenal sebagai seorang ahli pengkajian Arab dan kitab-kitab Islam.

"Kami diberitahu, bahawa tuan-tuan mempunyai sedikit keraguan tentang agama Kristian dan juga telah berjanji, kalau penjelasan yang kami berikan boleh menyakinkan, maka tua-tuan akan meninggalkan Islam memeluk Kristian." Kata Micheal.

" Kami cukup yakin yang kepercayaan dan ajaran-ajaran itu tidak beralasan.

Dalam pada itu, jika tuan dapat memuaskan hati kami dengan penjelasan-penjelasan tentang agama tuan, kami bersedia masuk agama Kristian".

Mendengar kata-kata Umar Lahmi, itu, Micheal lalu berpaling kepada Peter, yang dianggap oleh para paderi di ditu sebagai orang paling berkebolehan untuk bedebat dengan orang Islam.

Peter, dengan nada suara orang yang menguasai keaadaan, berkata:

" Saya diberitahu bahawan bantahan tuan-tuan yang terutama sekali ialah tentang mengapa Saint Paul telah mengatakan hukum-hukum agama itu satu kutukan."

"Baiklah," ujar Peter, "sebutlah soalan-soalan tuan dengan jelas bersama-sama dengan pendirian tuan mengenainya."

"Mula-mula..." Umar Lahmi memulakan bicara, " cuba beritahu saya apakah ''jangan mencuri, jangan membunuh, jangan menimbulkan kesukaran kepada tetangga dan lain-lainnya'' itu merupakan firman-firman Tuhan dan apakah ada kaitannya pula dengan hukum-hukum agama?"

"Sudah tentu. Semuanya itu ada kaitannya dengan undang-undang agama."

Jawab Peter dengan cepat.

"Apakah pula dikri Saint Paul tentang hukum-hukum agama?" tanya Umar Lahmi lagi.

"Dikri bagaimana? Saya tidak faham," jawab Peter.

Mengangkat mukanya memandang Umar seperti kehairanan.

"Tuan faham benar-benar perkara itu" kata Umar Lahmi dengan suara agak keras sedikit. "Cuma tuan mahu mengelak daripada menjawabnya. Katakan saja bahawa Saint Paul telah mengangap hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan."

"Saint Paul mengangap hukum-hukum agama itu sebagai kutukan, dari sudut bahawa inti hukum agama itu adalah bahagian daripada Jesus Kristus dan betapa bodohnya apabila intinya ditinggalkan sedangkan kulitnya dikelar-kelar."

"Begitulah pula yang saya maksudkan," kata Umar.

"Saint Paul yang mengangap Jesus sebagai jiwa dan hukum-hukum agama itu sebagai tubuh, telah mengatakan hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan dan apabila tuan juga berkata Firman Perjanjian Lama ada kaitannya dengan hukum-hukum agama, maka TIDAKKAH MENAHAN DIRI dari melakukan pembunuhan dan penzinaan juga adalah satu KUTUKAN."

Mendengar hujah Umar Lahmi itu, Peter si paderi tua kelihatan agak resah sedikit, tetapi dia menjawab dengan satu dalihan, "Perkara ini sebenarnya merupakan satu perkara yang GHAIB, dan tuan tidak akan dapat memahaminya tanpa bantuan dari '';Roh Kudus'' dan tidak semestinya pula seseuatu masalah yang tidak dapat difahami itu merupakan perkara yang salah. Saint Paul telah memgangap hukum-hukum agama secara lahiriahnya satu kutukan dan tidak pula tertuju kepada semua bentuk hukum agama."

"Benar. Memang betul Saint Paul mengatakan hukum-hukum agama pada lahiriahnya satu kutukan. Sekarang cuba terangkan kepada saya, jikalau TIDAK mencuri, TIDAK berzina, TIDAK menganggu keluarga dan lain-lain lagi itu adakah hukum-hukum agama yang lahiriah atau dalaman, rohaniah dan moral?" tanya Umar Lahmi.

"Tuan hanya menumpukan soalan kepada topik yang sama," kata Peter membantah. "cuba dengar, Apa yang dikatakan oleh Jesus Kristus adalah lebih baik daripada yang dikatakan oleh Saint Paul.

Tuhan kami menyuruh kami mengikut Firman-firman Perjanjian Lama".

"Iaitu untuk memperoleh keselamatan maka perlu mengikut Perjanjian Lama * juga," (*NOTA: lihat Injil, Matius Bab5:19 sampai Bab 10:25). Kata Umar Lahmi. "Kalau sudah begitu, megapa timbul atau mengapa perlunya perkara penebusan dosa dengan menyalibkan ''Putera Tuhan''?

Iaitu, mengapa harus ada Penebusan Dosa ini apabila Perjanjina Lama perlu diikuti? Apakah perlu mengikuti Firman-firman Perjanjian Lama malah sesudah Kristus menebus dosa?"

"Kami tidak tahu apa-apa," jawab Peter debgan suara perlahan. "Kecuali Tuhan kami telah mengarahkan kami mengikuti Perjanjian Lama. Tetapi keselamatan tidak dapat diperoleh hanya semata-mata mengikuti Perjanjina Lama tanpa ada penebusan dosa."

"Jadi , Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Yusof, Nabi Noh dan lain-lain nabi itu kehilanganlah keselamatan mereka, kerana jalan keselamatan mereka satu-satunya hanyalah dengan mengikuti hukum-hukum agama?" tanya Umar Lahmi, kemudian disambungnya, "Begitu juga dengan para pengikutnya, keselamatan mereka dicabut."

"Sebelum kedatangan Kristus, jalan keselamatan satu-satunya dengan mengikuti hukum-hukum agama, tetapi penebusan dosa oleh Jesus Kristus telah mengubahnya dan sekarang jalan yanh ada hanyalah penebusan dosa,"

Jawab Peter.

Umar Lahmi tersenyum mendengar jawapan Peter yang berbelit-belit itu. Dia memandang muka Isabella yang sedang tenggelam dalam satu fikiran yang membingungkan. Umar memandang kepada muka Peter, ditenung matanya.

"mula-mula tuan menolak apa yang sudah dikatakan oleh Saint Paul iaitu hukum-hukum agama bukan satru kutukan, kemudian tuan menolak hukum-hukum agama sebagai dasar keselamatan. Dapatkah tuan mengemukakan kata-kata ''WALI'' yang lain untuk membuktikan bahawa ucapan Saint Paul ''hukum-hukum agama itu satu kutukan'' adalah tidak benar?"

Tiba-tiba seorang paderi kurus yang bermuka cengkung dari sebelah kiri menyampuk dengan suara yang lantang. "Tuan-tuan!

Percakapan tentang hal ini adalah perbuatan murtad dan kufur. Semua yang dibincangkan adalah berkaitan dengan perkara-perkara ghaib."

" Jangan ikut rasa hati dalam perselisihan pendapat ini," ujar paderi yang bertubuh gemuk dan berkepala bulat licin. Dia duduk di sebelah kana Peter.

Melihat keadaan mulai kacau itu, Micheal bangun dan berkata:

"Saudara-saudara, kita berhimpun di sini untuk mencari kebenaran ........."

Isabella yang duduk bersama-sama rakannya berbisik "

Cuba kalian lihat, di belakang orang-orang Islam mereka bercakap besar bahawa orang-orang Islam ini tidak akan dapat berhadapan dengan mereka. Tapi bila duduk berhadapan dengan mereka, tembelang mereka terdedah semuanya.

Aku sangat menyesal

bapaku tiada disini hari ini, kalau tidak dia tentu boleh tutup mulut orang-orang Islam itu..." Bersambung ....PERTEMUAN KEDUA -Siapa yang disalib? Tuhan atau Manusia?.

Sunday, February 10, 2008

BAHAYA GELAK KETAWA

Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak
tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas’ud
meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah
S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka
melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya.
Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa
berbahak- bahak adalah makruh.

Maka itu seseorang yang sihat akal dilarang bergelak tertawa
kerana mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak
menangis di akhirat. Orang yang banyak menangis di dunia
mereka akan banyak tertawa di syurga.

Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang
menghilangkan tertawa seseorang Mukmin :-

(1) Kerana memikirkan akhirat

(2) Kesibukan mencari keperluan hidup

(3) Risau memikirkan dosa

(4) Apabila tibanya musibah dan bala.

Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu, maka dia tidak
banyak tertawa kerana banyak tertawa bukan sifat seorang
Mukmin. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. "Sesiapa
yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis
ketika akan masuk neraka."

Dalam satu riwayat yang lain, dikemukakan bahawa Imam Abu
Hanifah pernah tertawa satu kali apabila dia menang berdebat
dengan Amr bin Abaid Alqadari (seorang bermazhab Qadariah yang
tidak percaya kepada takdir Allah). Selepas tertawa, Imam Abu
Hanifah sangat menyesal lalu berkata: "Engkau berbicara
tentang ilmu, aku tertawa, maka aku tidak akan berkata-kata
kepadamu untuk selama-lamanya, maka aku sangat menyesal, sebab
andainya aku tidak tertawa nescaya aku dapat menundukkannya
dengan kefahamanku, sehingga menjadi kebaikan bagi ilmu."

Menurut Islam, sesiapa yang meninggalkan bergelak tertawa akan
mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah. Sabda Rasulullah
S.A.W. yang bermaksud: "Dan siapa yang meninggalkan senda
gurau diberi wibawa dan keindahan, dan siapa yang meninggalkan
tertawa, maka ia berwibawa dan hebat, dan siapa yang tidak
menginginkan kekayaan orang maka ia dicintai." (Hadis Sahih).

Islam juga melarang seseorang melakukan sesuatu atau berkata
sesuatu untuk mentertawakan orang lain atau menyebabkan orang
lain tertawa.Contohnya ialah seperti berlawak jenaka di mana
seseorang akan berlagak dan mengeluarkan kalimah yang
menyebabkan orang lain tertawa.

Menurut riwayat dari Ibrahim Annakhari beliau berkata:
"Adakalanya seseorang mengeluarkan satu kalimah untuk
mentertawakan orang di sekitarnya, maka Allah S.W.T. murka
padanya lalu murka Allah itu merata kepada orang-orang yang di
sekitarnya, yang tertawa bersamanya. Jika seseorang yang
berkata kalimah yang direda oleh Allah, maka ia mendapat
rahmat dan rahmat Allah itu diperolehi juga oleh orang di
sekitarnya."

Seseorang yang suka berlawak, berjenaka atau berolok-olok
supaya orang lain tertawa, balasannya di akhirat ialah
dimasukkan ke neraka ‘‘Wail’’. Sebagaimana sabda Rasulullah
S.A.W. yang bermaksud: "Neraka wail itu buat orang yang
bercakap-cakap dengan berdusta dan berolok- olok supaya
menimbulkan tertawa pada orang ramai, dan neraka wail itu
untuk dia." (Hadis dikeluarkan oleh Imam yang tiga: Riwayat
Bahaz bin Hakim).

Dalam Hadis itu Rasulullah S.A.W. mengulang kalimah "neraka
wail itu untuk dia" sebanyak dua kali, membuktikan tegas dan
kuatnya amaran terhadap orang yang suka bergelak tertawa dan
berjenaka. Islam memberi peringatan bahawa semakin kuat hilai
dan tertawa seseorang itu, semakin hampir iblis dan syaitan
sambil tertawa berbahak-bahak menari-nari untuk melalaikan
dia.

Maka itu kita perlu awas daripada bergelak tertawa kerana
perbuatan itu mengandungi lapan bahaya :-

(1) Dicela oleh ulama dan orang yang sopan serta sempurna
akal.

(2) Memberanikan orang bodoh kepada kita.

(3) Jika bodoh akan bertambah kebodohannya, jika alim akan
berkurangan ilmunya kerana seorang alim yang tertawa bererti
telah memuntahkan ilmunya.

(4) Melupakan dosa-dosa yang lalu.

(5) Melupakan mati dan akhirat.

(6) Berani berbuat dosa kerana apabila tertawa nescaya akan
membekukan hati.

(7) Menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawaan kita.

(8) Akan banyak menangis di akhirat.

Sabda Baginda saw : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan
melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah
dalam hati".

Isabella - episod 1

Di Bandar Cordova, negeri Sepanyol, terdapat sebuah taman yang amat terkenal kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya. Kelihatan seorang gadis Kristian yang dikenali dalam sejarah sebagai Isabella sedang menikmati keindahan taman itu bersama rakan-rakannya. Dia adalan anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya sering digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga.

Dalam masa dia bergurau senda dengan kawan-kawannya, terdengar olehnya suara dari sebalik rumpun bunga, orang bercakap tentang agama. Dia tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu berkata , "...padahal paderi-paderi Kristian itu....." Isabella dengan kawan-kawannya lantas dengan berhati-hati memasang telinga.

Pada waktu itu, kedua orang pemuda itu kerana terlalu asyik dengan perbincangan mengenai agama Kristian tidak sedar bahawa perbincangan mereka sedang didengar oleh beberapa orang gadis Kristian.

Salah seorang pemuda itu berkata, " Saint Paul telah menulis di dalam salah satu suratnya bahawa hukum-hukum agama adalah satu kutukan dan Jesus Kristus telah datang untuk menyelamatkan kita daripada kutukan tersebut.

Apakah makna kata-katanya itu , Maaz sahabatku?"

Terdengar ketawa kecil kawannya. " Umar sahabatku, engkau mahu aku menerangkan kepadamu, padahal paderi-paderi Kristian itu sendiri..."

Waktu itulah Isabella mendegar percakapan itu. Salah seorang kawan Isabella menyanpuk dengan nada sinis, " Sejak orang-orang Islam datang ke mari, agama kita diancam bahaya"".

"Diamlah! " herdik Isabella, "Nanti mereka tahu kita ada di sini". Sahabat Isabella terdiam sejurus mendengar kata-kata Isabella. Tiba-tiba terlintas idea dalam kepala Isabella, "Bagaimana kalau kita minta pengakiuan bertulis daripada pemuda-pemuda Islam ini, bahawa mereka bersedia untuk bersemuka dengan paderi-paderi kita. Dengan surat itu pula, kita boleh mendesak cendekiawan Kristian untuk berhujah dengan orang-orang Islam ini dan memaksa mereka memeluk agama kita."..............

Surat itu berbunyi : " Maafkan saya. Saya telah mendengar dengan penuh perhatian perbincangan rahsia tuan-tuan itu dan oleh kerana kami juga berminat dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan agama. Saya telah mendengar salah seorang daripada tuan ada mengatakan kepada temannya bahawa jika kami penganut Kristian dapat memberi penjelasan yang memuaskan tentang perhubungan antara hukum-hukum agama dengan kutukan, maka tuan bersedia memeluk agama kami. Tuan juga mahu mencabar kami (orang-orang

Kristian) tentang hukum agama dan kutukan. Jadi, sebagai hamba Tuhan Jesus Kristus, kami dengan senang hati menyambut cabaran tuan dengan syarat tuan membuat pengakuan bertulis."

(hamba hina agama Kristian).

Surat itu telah diserahkan oleh sahabat Isabella kepada Umar Lahmi. Agak terperanjat juga Umar kerana tiba-tiba sahaja anak gadis yang tidak dikenali menyerahkan surat itu.....Kemudian suarat itu dibalas oleh Umar ...

" Kami mengucapkan terima kasih di atas susah payah nona dan kami bersetuju, jikalau sekiranya anggota gereja dapat memberi penjelesan kepada kami tentang dilema hukum-hukum agama dan kutukan dengan penjelesan yang memuaskan, saya dan kawan saya akan memeluk agama Kristian. Sial nyatakan tempat dan tarikh perbahasan ..."

(Hamba hina agama Islam)

(Umar Lahmi)

.............

Diringkaskan cerita, cadangan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan tempat perbahsan telah ditetepkan di Gereja Cordova pada pagi Ahad. Bersambung ..PERTEMUAN PERTAMA.


petikan daripada "cahaya rohani"